Kami masih lagi menerima tempahan....... Alhamdulillah... Insya Allah kami bercita-cita untuk mempunyai premis restoran sendiri di Jeddah atau Mekkah.
Untuk makluman juga kepada sesapa yang ada balik ke Malaysia........Jemput dan singgahlah ke Boutique Restoran Affiliate kami di Midvalley The Garden yang namanya 'Belanga'
Any idea on how to go on it......jangan segan2 hubungi kami di
make2malaysia@gmail.com
Untuk tempahan catering masakan kelantan bagi Makkah dan Jeddah jgn lupa hubungi 056-2648854 atau e-mail kepada make2malaysia@gmail.com
Blender Bawang besar, bawang putih, halia dan 2 biji tomato.
Masukkan minyak sapi dan sedikit minyak masak dlm kuali. Minyak dah agak2 nak panas, masukkan perkakas tumis. Pastu, tumiskan bahan2 yang di blender dan masukkan tomato puri. Agak2 dah mcm sebati..masukkan garam, gula dan lada hitam mengikut cita rasa masing2. Dah mcm bawang tu masak…masukkan ayam..better potong kecik2 ayam tu..senang nak makan. Pastu…bila ayam tu dah rata dengan bahan2 yang ditumis, masukkan air pulak. Pastu masukkan hasil tumisan ke dalam periuk nasi. Lap periuk nasi dan on kan plug/tekan. Tunggu lah sampai nasi masak…..
Sambal
Blender 2 biji tomato bersama cili api, gula, garam dan jus limau nipis. Make sure buang bijinya.,,kalau tak..pahit. Letak air seminima mungkin..sebab tomato dah berair. Kalau boleh jangan letak air…kalau blender x leh jalan baru letak air skit..air masak tau. Dah sudah blender, masukkan dalam mangkuk dan try rasa..rasanya mesti masam2, masin2 dan sedikit manis…
Acar
Potong dadu timun/zuccinbi dan tomato yang balance tu. Masukkan dalam mangkuk dan gaulkan bersama garam dan perahan jus limau nipis…Rasa dia mesti masam2 masin.
So..bila nasi dah masak…hidangkan nasi bersama2 sambal dan acar..senang kan?
Untuk tempahan catering masakan kelantan bagi Makkah dan Jeddah jgn lupa hubungi 056-2648854 atau e-mail kepada make2malaysia@gmail.com
Hari ini terdapat 3 petua masakan terbaru iaitu :-
Masakan Termasin Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.
Merasa Makanan di Bulan Puasa
Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuha tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.
Memutih Nasi
Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.
Untuk tempahan catering masakan kelantan bagi Makkah dan Jeddah jgn lupa hubungi056-2648854 atau e-mail kepadamake2malaysia@gmail.com
Kami di Make2Malaysia D’Saudi Arabia Catering Services menawarkan perkhidmatan katering bagi kawasan Jeddah dan Makkah. Antara menu-menu yang disediakan adalah seperti berikut:-
Menu Utama
Nasi Kerabu Hitam/Putih
Nasi Campur
Nasi Dagang
Laksam
Laksa Kelantan/Penang
Sate
Kabsah (Kabsah dibuat oleh Orang Melayu)
Menu Lauk-Pauk
Ayam Percik
Gulai Ayam
Gulai Kambing/Daging
Menu Sampingan
Rojak
Seri Kayo
Menu Kuih-Muih
Lompat Tikam
Serawak Telur
Agar-agar
Selain itu, kami juga menawarkan pakej jamuan lengkap yang terdiri daripada:-
Menu utama [ pilihan menu daripada senarai di atas]
Air Sejuk / Panas
Kuih Muih / Pencuci Mulut
Buah-buahan
Cenderahati [ Kek Buah-buahan ]
Untuk tempahan jgn lupa hubungi 056-2648854 atau e-mail kepada make2malaysia@gmail.com
Daging Ayam Kekal Segar Daging ayam mentah yang disimpan terlalu lama di dalam peti sejuk akan mengubah kesegarannya. Untuk mengekalkan kesegaran daging ayam, cuba petua ini. Ayam yang telah dipotong-potong tidak perlu dibersihkan. Ambil tepung gandum dan lumurkan disetiap ketulan ayam itu. Kemudian, masukkan ke dalam bekas dan disimpan ke dalam peti sejuk. Bersihkan daging ayam itu ketika anda mahu memasaknya.
Pisang Goreng Lebih Rangup Pisang goreng yang rangup dan garing tentunya lebih enak. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama secawan kopi panas. Caranya mudah. Campurkan sebutir telur ayam yang dipukul bersama sedikit kelapa parut ke dalam bancuhan tepung. Goreng pisang di dalam minyak yang panas seperti biasa. Yang pastinya, anda akan menikmati pisang goreng yang rangup dan tidak berminyak.
Elak Getah Buah/Sayuran Melekat di Tangan Ambil sedikit tepung gandum dan sapukan pada keseluruhan tapak tangan. Kemuadian, barulah anda boleh mula mengupas buah/sayuran. Getah pasti tidak melekat pada tangan anda. Mudah bukan?
[Kelolaan Hasxairina]
Untuk tempahan catering masakan kelantan bagi Makkah dan Jeddah jgn lupa hubungi 056-2648854 atau e-mail kepada make2malaysia@gmail.com