Thursday, February 5, 2009

3 Petua Hari ini

Hari ini terdapat 3 petua masakan terbaru iaitu :-

Masakan Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-

  1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
  2. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.

Merasa Makanan di Bulan Puasa

  1. Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
  2. Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuha tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.

Memutih Nasi

Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.


Untuk tempahan catering masakan kelantan bagi Makkah dan Jeddah jgn lupa hubungi056-2648854 atau e-mail kepadamake2malaysia@gmail.com

0 comments:


M2M by f-law. Powered by Blogger