Friday, February 20, 2009

Menu Nasi Minyak Arab Segera




Nasi Minyak Arab – Instant Recipe for 2-3 pax

Bahan-bahannya:-

Beras Basmathi – 3 pot beras

Air – 4 pot beras

Ayam – setengah ekor

Bawang besar [ kuning ] – 2 biji

Bawang putih – 2 ulas

Halia – 3cm

Tomato – 6 biji yang sederhana

Tomato Puri – setengah tin kecil

Minyak sapi – satu sudu besar

Lada Hitam – bulat2

Cili Api – 10 biji

Timun / Zuccini – 1 batang

Buah Limau Nipis – 2 biji

Perkakas tumis – kulit kayu manis and the geng

Garam

Gula

Cara-caranya:-

Nasi

Basuh beras, toskan dan letak dalam rice cooker

Blender Bawang besar, bawang putih, halia dan 2 biji tomato.

Masukkan minyak sapi dan sedikit minyak masak dlm kuali. Minyak dah agak2 nak panas, masukkan perkakas tumis. Pastu, tumiskan bahan2 yang di blender dan masukkan tomato puri. Agak2 dah mcm sebati..masukkan garam, gula dan lada hitam mengikut cita rasa masing2. Dah mcm bawang tu masak…masukkan ayam..better potong kecik2 ayam tu..senang nak makan. Pastu…bila ayam tu dah rata dengan bahan2 yang ditumis, masukkan air pulak. Pastu masukkan hasil tumisan ke dalam periuk nasi. Lap periuk nasi dan on kan plug/tekan. Tunggu lah sampai nasi masak…..

Sambal

Blender 2 biji tomato bersama cili api, gula, garam dan jus limau nipis. Make sure buang bijinya.,,kalau tak..pahit. Letak air seminima mungkin..sebab tomato dah berair. Kalau boleh jangan letak air…kalau blender x leh jalan baru letak air skit..air masak tau. Dah sudah blender, masukkan dalam mangkuk dan try rasa..rasanya mesti masam2, masin2 dan sedikit manis…

Acar

Potong dadu timun/zuccinbi dan tomato yang balance tu. Masukkan dalam mangkuk dan gaulkan bersama garam dan perahan jus limau nipis…Rasa dia mesti masam2 masin.

So..bila nasi dah masak…hidangkan nasi bersama2 sambal dan acar..senang kan?


Untuk tempahan catering masakan kelantan bagi Makkah dan Jeddah jgn lupa hubungi 056-2648854 atau e-mail kepada make2malaysia@gmail.com


Thursday, February 19, 2009

let us feed our ear

Thursday, February 5, 2009

3 Petua Hari ini

Hari ini terdapat 3 petua masakan terbaru iaitu :-

Masakan Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-

  1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
  2. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.

Merasa Makanan di Bulan Puasa

  1. Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
  2. Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuha tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.

Memutih Nasi

Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.


Untuk tempahan catering masakan kelantan bagi Makkah dan Jeddah jgn lupa hubungi056-2648854 atau e-mail kepadamake2malaysia@gmail.com

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Tuhan Sekelian Alam kerana memberi kesempatan untuk kami melaksanakan tempahan yang dibuat.

Untuk tempahan jgn lupa hubungi 056-2648854 atau e-mail kepada make2malaysia@gmail.com


M2M by f-law. Powered by Blogger