Monday, January 5, 2009

Petua Nenda

Daging Ayam Kekal Segar
Daging ayam mentah yang disimpan terlalu lama di dalam peti sejuk akan mengubah kesegarannya. Untuk mengekalkan kesegaran daging ayam, cuba petua ini. Ayam yang telah dipotong-potong tidak perlu dibersihkan. Ambil tepung gandum dan lumurkan disetiap ketulan ayam itu. Kemudian, masukkan ke dalam bekas dan disimpan ke dalam peti sejuk. Bersihkan daging ayam itu ketika anda mahu memasaknya.

Pisang Goreng Lebih Rangup
Pisang goreng yang rangup dan garing tentunya lebih enak. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama secawan kopi panas. Caranya mudah. Campurkan sebutir telur ayam yang dipukul bersama sedikit kelapa parut ke dalam bancuhan tepung. Goreng pisang di dalam minyak yang panas seperti biasa. Yang pastinya, anda akan menikmati pisang goreng yang rangup dan tidak berminyak.

Elak Getah Buah/Sayuran Melekat di Tangan
Ambil sedikit tepung gandum dan sapukan pada keseluruhan tapak tangan. Kemuadian, barulah anda boleh mula mengupas buah/sayuran. Getah pasti tidak melekat pada tangan anda. Mudah bukan?

[Kelolaan Hasxairina]

Untuk tempahan catering masakan kelantan bagi Makkah dan Jeddah jgn lupa hubungi 056-2648854 atau e-mail kepada make2malaysia@gmail.com

0 comments:


M2M by f-law. Powered by Blogger